21 Mei 2012
DOA BULAN REJAB
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/21/2012 10:43:00 PTG
20 Mei 2012
IBAN MUSLIM kembali...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi keran dengan kekuatan dari-Nya dapat IM meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog kesayangan IM ini.
Kesan daripada lamanya tidak update dalam blog ini, banyak perubahan2 yg telah dilakukan oleh google dlm usaha menambah baik perkhidmatannya sehinggakan banyak posting (yg melibatkan gambar) agak terjejas. Malah, Header Blog Iban Muslim turut terjejas. Tak apalah, insyaAllah IM akan membuat pembaikan dari semasa ke semasa.
Syukur sekali lagi IM panjatkan kepada Allah Subhana wa Taala kerana dengan izinnya, IM dapat menamatkan pengajian (further study) di penghujung Disember 2011. Apabila masuk semula ke pejabat, sudah ada tugas yang menanti. Alhamdulillah. Setelah hampir lima bulan baharulah IM dapat menoleh semula kepada blog IM ni.
Maaf kepada rakan-rakan yg bilamana menjengah ke blog IM ni, tiada sebarang perkembangan yg dikemaskini. Maaf juga kerana ada beberapa emel yg dikirimkan kepada IM tidak juga berbalas.
InsyaAllah, IM akan mula aktif semula untuk menjadikan blog IM ini sebagai medan dakwah maya dengan menyediakan beberapa pengisian yang dapat dikongsikan bersama. Dalam tempoh IM menyambung pengajian (2010-2011), IM tidak lupa untuk mendapatkan beberapa koleksi tulisan yang IM fikirkan bermanfaat untuk dikongsikan. InsyaAllah, bahan2 tersebut akan dipos melalui blog ini.
Cukup dulu buat kali ini. Doakan IM agar terus diberi kekuatan berdakwah secara maya melalui channel "ibanmuslim.blogspot.com".
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/20/2012 12:24:00 PG
16 Mac 2012
Hidayah Dari Allah
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (Maksud Ayat 125, Surah Al-Anaam).
Catatan IBAN MUSLIM pada 3/16/2012 11:05:00 PG

