Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

2 Ogos 2011

SALE Akhirat!!!

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi. Dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah bernafas sehingga ke hari ini. Hari ini hari yang kedua Ramadhan 1432H/2011. Semoga Ramadhan pada tahun ini dapat sama-sama dimanfaatkan sebaik-baiknya demi meraih rahmat-Nya, keampunan-Nya, dan diselamatkan-Nya dari azab api neraka.
Selamat berpuasa kepada teman-teman yang sudi menjengah blog Ibanmuslim ini. Sama-sama kita beristiqomah beribadah, dan bukan hanya pada bulan ini sahaja. Apa salahnya kita berkorban masa, korbankan kenikmatan tidur malam, korbankan keseronokan dunia,untuk kita mengambil peluang yang diberi oleh Allah Taala ini semaksima mungkin. InsyaAllah.
Pahala yang dijanjikan melebihi bulan-bulan yang lain. Umpama 'sale' di pasaraya-pasaraya...50%,70%,80%, beli satu percuma satu, dan sebagainya. Sale2 di pasaraya kita rebuti, maka, apa salahnya kita turut rebuti 'sale' akhirat ini. Seandainya sale diwar-warkan di pasaraya-pasaraya, maka berduyun-duyunlah para pembeli untuk membeli. Begitu juga dengan sale akhirat di bulan Ramadhan ini, pakat berduyun-duyunlah kita melaburkan saham-saham akhirat. Pulangannya tidak kita perolehi hari ini, barangnya juga kita tidak dapat hari ini, TETAPI...InsyaAllah, kenikmatan yang kita bakal perolehi dari Allah di akhirat kelak sememangnya tidak dapat diterucap dengan kata-kata serta tidak mampu untuk dibayangkan.
Fasa yang pertama KERAHMATAN;
Fasa yang kedua KEAMPUNAN; dan
Fasa yang ketiga PEMBEBASAN DARI API NERAKA.
Itulah SALE yang hanya ditawarkan pada sepanjang bulan Ramadhan ini.
Masya-Allah...beruntunglah siapa-siapa yang memiliki ketiga-tiga fasa ini. Ya Allah, kurniakan daku, ahli keluargaku, teman-temanku, serta muslimin-muslimat dengan kurniaan ketiga-tiga tawaran-Mu itu ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin...

31 Julai 2011

MARHABAN YA RAMADHAN


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah: Ayat 183)

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
(Surah al-Baqarah: Ayat 184)

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
(Surah al-Baqarah: Ayat 185)


16 Julai 2011

ISTIWA 'AZAM

15 Syaaban 1432 bersamaan 16 Julai 2011, Jam 5.28 petang.

Sama-sama kita manfaatkan peluan ini untuk menyemak arah kiblat...