Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

27 April 2009

PRK DUN Penanti- 23hb Penamaan Calon, 31hb Mengundi Calon

SPR memutuskan 23 Mei hari penamaan calon, manakala 31 Mei hari mengundi bagi DUN Penanti.
PRK kali ini menyaksikan SPR membuat 'pindaan' drastik terhadap 'sistem' yang digunapakai selama ini di Malaysia dengan melarang wujudkan 'pondok panas' dan 'peraih undi' semasa hari pembuangan undi itu nanti.
Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang tenang, aman, dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan perkara ini hari ini semasa pengumuman berkaitan PRK DUN Penanti.
Beliau menyatakan bahawa, pondok panas adalah 'pusat ketegangan' manakala orang-orang yang berada di dalamnya yang lazimnya bertindak sebagai peraih undi diumpamakan sebagai dirasuk hantu.
Apa yang penting adalah 31 Mei 2009. Kita bakal menyaksikan keputusan sama ada 5-1 atau 4-2.
Selamat memilih pemimpin kepada seluruh rakyat di DUN penanti!!! Pastinya, di akhirat kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap keputusan yang kita buat termasuk dalam soal memilih kepimpinan di dalam sesebuah negara.